Pages

Tuesday, December 25, 2012

CERITERA SI YATIM !

Salam..

 Rasanya terlalu lama aku tak update bl0g ni.Entahlah,rasanya mngkin dalam 3 ke 4 bulan sudah.sebelum ni aku agak sibuk menjaga arwah emak yang sakit dibantu adik beradik yang lain.serba sedikit cerita sedih yang ingin ak sampaikan.Sesudah tamat menjalani Latihan industri(Practical) hanya sebulan lebih dapat bersama arwah emak,ketika itu dia masih mampu berjalan,bergurau,memberi pesanan dan mendidik kami adik beradik dan paling tak lupa dia membeli durian kesukaan kami adik beradik.Sunguh gembira dia dapat melihat anak-anaknya memakan durian.

 Malam itu jugak 10.7.2012,dia mengajak aku menangkap ayam yang tidur di bawah rumah untuk disembelih dan dijadikan lauk,aku lah yang menemani dan menolong dia mencabut bulu dan memotong bahagian isi ayam.alangkah indahnya ketika masih mampu bersembang dan bergurau dengan dia.11.7.2012,6.30am ayah mengejut aku kerna dia melihat emak terduduk didapur dan sudah tidak bermayak.Aku menitiskan air mata kerana meliaht emak yang sudah tidak boleh bercakap,tidak kenal orang sekeliling dan angota sebelah kanannya lemah.Dalam hujan rahmat pada pagi itu emak diusung ke dalam ambulan dan dihantar ke wad kecemasan.aku juga la yg menemaninya ke hospital dengan berpakaian t-shirt tido dan berseluar pendek.demi emak aku melangkah jugak!

 Sesampai di hospital emak dikerumuni d0kter dan kaki tangan h0spital,aku dipangil untuk membenarkan emak dirujuk ke h0spital ipoh.kami adik beradik berbincang dan memutuskan aku yang aku menaiki ambulan bersama emak ke hospital dan mereka akan menyusul kemudian.begitu lama emak berada di wad kecemasan dan kepalanya telah di x-ray.dokter mengesahkan ada pendarahan di kepala emak.bagai gugur jantung dan aku berharap agar emak tidak dibedah.Alhamdulillah emak tidak dibedah dan telah dimasukan seminggu di hospital ipoh dan yang sedih bila melihat ketika dia diberi makan.susu yg diberi melalui tiub yg disalurkan melalui hidung dan terus ke usus.alhamdulillah awal ramadhan emak dibenarkan pulang.aku dan kakak lah yang menjalankan tugas menguruskan emak sambil dibantu adik-adik yang lain.setiap hari aku berdoa agar emak dapat nikmat yang Allah bagi sebelum ini.

Dua hari sebelum raya emak dimasukkan ke hospital semula kerana kandungan gula dalam darah rendah.kakak aku la yang menjaga dia dihospital.bagi kami raya sudah tiada erti ! hanya berberapa jenis kuih dan beberapa batang lemang.aku juga tiada mo0d untuk pergi berjalan seperti sebelumnya.Aku redha,selesai  melawat emak saudara aku,aku bergegas ke hospital untuk melihat emak.kami beraya bersama emak agar hatinya gembira bila anak-anak disampingnya.emak masih tidak mahu bercakap,bila bercakap suaranya pula tidak jelas.seringkali dia geram kerana apa yang hendak disampaikan tidak dapat ditafsirkan kepada kami dengan jelas.

 Setelah hampir tiga bulan emak menjalani derita hari ini 16.10.2012..3.15 a.m emak menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital taiping.dokter mengesyaki emak terkena jangkitan kuman yang telah merebak ke seluruh bahagian organ dalaman nya.sebak,sedih..tidak henti-henti ak membacakan surat Yassin kepadanya.sesampainya di felda ini orang kampung membuat persiapaan untuk pengkebumian.emak.Jenazah emak selamat dikebumikan pukul 11.00 am..

 Bermulalah cerita sedih dalam hidup ini,terlalu sekejap merasa kasih sayang seorang ibu,terlalu sekejap Allah pinjamkan emak tempat kami berteduh.tidak ada orang yang mampu mengantikan tempat mak sampi bila-bila.Rasa kerinduan itu tetap menyelubungi kami.Mak,mak tetap hidup bg mil,darah yang mengalir dalam tubuh mil adalah darah dari emak.selalu,setiap masa mil doakan kebahagian emak.emak lah teman mil paling setian.kerap kali diri ini melakukan kesalahan yang mengecewakan mak.tapi mak tak pernah buang mil.AL-FATIHAH buad Allahyarhamah NURAINI BT HASSAN....

2013 hampir membuka tirainya,semoga ada hikmah disebalik cerita duka ini.Allah maha adil.dan sekarang aku hanya ada Allah tempat untuk mengadu.Ya Allah,kau bukakanlah pintu agar kami boleh keluar dari kepayahan ini,kesedihan ini.limpahkan lah rezeki mu kepada kami.dan tempatkanlah ibi kami Nuraini bt hassan di syurga jannah,bersama-sama orang yang beriman dan Kau ampukanlah segala d0sa-dosanya.Amin Ya Rabbal......


Saturday, March 31, 2012

My lovely Mucux MachaM !

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

lagu nie unt0k dia,cer baca lirik dye el0k-elok.dah tataw nak update ape.biarlah korang nak kate aku ape pun.hade aku heran.Haha.

Hehe..es0k dah nak bersiap-siap nak pergi LI.tadak mo0d sebab kat tempat li tu tadak yg pakai baju putih nie.pape pun kene teruskan jugak.awak kat sana jaga diri baik n ingat pesan saya.semoga semuanya berjalan lancar.ntah bila la bole jumpa lagikan.miss you lah.had0iiyai.


 

Wednesday, March 28, 2012

sAngat berNiLai





                                     My Super Ayah and MaK. !


Haa,nie lah tulang belakang aku.See,jangan tanya nape aku CHOMEL kan.tengok parent lah.HaHa.update kali nie bukan nak bagi taw nape aku CHOMEL,CUBBY ke ape ke.ini sume pasal Ayah dan Bonda tercinta aku.

Baru-baru nie abang aku accident,habis remuk bahagian depan kereta,mujur lah dye patah peha je.itu je lah abang yang aku ada.walaupun tak ngam sangat,tpi adik bradik kan.kot mana pun mesti ada sayang tu.masa mula accident tu aku lah orang yang gelabah p tengok tempat tu.sampai je dorg cakap dah antar abang aku ke hospital.aku pun tengok lah kat kereta dye.selamatkan barang-barang berharga.mujur lah jumpe balik segala laptop,handset,macam-macam lagi la yang kalau orang lain jumpa memang boleh sangat dah dye gadai dan beli ayam KFC 5,6 ketul.Haha!

sepanjang abang aku kat hospital mak ayah aku lah yang jaga.malam semalam jugak selamat dah dokter masukan besi.huhu,ngeri der.ciap skrew bagai.dah macam sambung paip !.sumpah takot.okeyh,sepanjang masa tiga hari nie lah aku dapat teng0k betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.kenapa ibu?.ayah pun besar jugak,cume sumer yang dye buad kita tak nampak.kira macam belakan takbir lah.mak lah yang lap badan,tolong perbetul bantal,bawak makanan,macam-macam lagi lah.rasa kagum sangat dengan semangat yang mak aku tunjuk.wlaupun penat anak tetap yang utama.besar sangat pengorbanan.malam pun tidur tak lena asyik pikir pasal anak.

lepas jadi benda macam nie baru aku nampak bertapa mak ayah sayangkan anak-anak dorang.anak-anak je tak nampak,kadang tu ciap melawan lagi.mak,mil mintak maaf selama ni mil ada buad salah silap.sayang mak,ayah taw.Antara kasih kekasih dan kasih ibu itu adalah dua  kasih yang bebeza.Si kekasih boleh meninggalkan kasih nya bila tak diperlukan atau dah ada peganti.tapi kasih ibu ayah tak dapat di bandingkan kerana ianya tetap selamanya begitu.Tetap utuh kerana AYAH dan IBU punyai KASIH yang paling SETIA.sayang lah mereka ketika masih ada.berbaktilah sebaik mungkin.

okeyh-okeyh,walaupun hari ni bukan hari ibu atau hari bapa aku tetap nak tulis jugak.ada aku kisah korang nak kata aku poyo.lebih baik poyo dari jadi plastik.dahhh,over plak..hehe,bukan ape,tiba-tiba asa nak sangat tulis entry macam nieh.okey lah,harap korang sumer paham maksud yang tersirat.jumpe lagi next post.hehe.Asalamualikum.<3



Sunday, March 25, 2012

Belum sempurna !






Yup,baru semalam rasanya terima surat temuduga masuk ke institut pertanian.kenyataan nya semalam jugak lah kami semua berpisah.Masing-masing pulang ke tempat asal.banyak sangat kenangan,dari hari first jejak kaki ke institut tu smpai ke hari ini macam-macam da kenanganya.Sunguh,tempat itu,tempat berdiri bangunan tua yang banyak melahirkan si muda siswa siswi,yang banyak mengisi ruang meneruskan dan memajukan sektor pertanian negara.Hurmm,memang berat masa meningalkan institut pertanian ni.banyak,banyak sangat kenanganya.Harap dapat bertemu lagi warga institut pertanian 2010/2012.masih belum sempurna kita sebab tak masuk lagi LI.harap semuanya baik-baik je masa LI nanti.jangan nakal-nakal sangat.pape pun aku sayang korang semua.dendam,benci semua dah buang.buang jauh sangat dan dah lupus pun oke.jumpa nanti kat mana-mana jangan tak tegur plak.aku senang je korang nak cam.yang cubby-cubby tu,ad plak "kecacatan terindah tu"ayat syg saya aku la tuh.tegur taw !

segala kenangan terukir teguh dalam hati nieh.harap persahabatan ini tetap utuh walau tidak bersua muka.rindu nak jejalan same-same pergi ladang.kumpul pagi-pagi,yang paling rindu yang kat bawah nie.macam-macam perubahan dah berlaku dalam diri selepas bertemu dia.tapi yang positive lah.hehee

                                                 yup,dia yang simpan ati saya !
hehe.sunguh,baru dua hari haiii rindu sunguh kat dia.dah dok jauh dah.tpi harap hati tetap dekat.tak sabar nak jumpe lagi.tapi tataw la bila.sayang taw kat awak.(^,^).semoga hubungan yang terjalin ini disudahi dengan lafaz "aku terima nikahnya.."..Amin Ya Allah.

Wednesday, March 14, 2012

Lama Tak kujung

hehe.jangan terkejut.bukan nak cerita pasal macam mana nak sukat jari ke,nak kenal cincin ori ke tak.ni saje je letak.dah tak tahu gambar ape mau taruh.act,aku nak kongsi satu cerita je.memula baca macam tak syok jer.dah habis sedih plak.ehhh,ada yang kata aku bertebiat la tu dah lama tak update sekali update jiwang sudah.haha.ape boleh buad,adat la kan ingin rasa dicintaikan.tipu la kalau kau tak rasa.satu hari kehendak itu pasti datang jugak.tanak merepek panjang.nie cerita dye.aku pun copy paste je.Haha !

The St0ry BeGin..



ISTERI : Abang ape kate malam
ni kite tak payah tido same-same..
Abang tido luar, ayang tido
dallm bilik..

SUAMI : Kenape sayang..

ISTERI : Ha..ayang ade 1
permainan, ayang catatkan
semue keburukan abang sebanyak
mungkin dan abang pun
catatkan tentang keburukan
ayang sebanyak mungkin!Esok pagi
kite bace balik tentang ape yang
kite dah tulis tu..

SUAMI : Ok..

> > Malam tu si
isteri senaraikan tentang
keburukan suami die sampai
tak tido.. suami die di ruang
tamu pun tak
tido hingga ke pagi waktu
sarapan..

ISTERI : Ha, macam mane, sape
nak mulakan dulu???

SUAMI : Ayang dulu
mulakan..

ISTERI : Ok abang dengar tau,
(sambil mengeluarkan 2,3
helai kertas yang dicatatnya malam tadi)..

ISTERI : Abang tak romantik...
Abang tak pandai pujuk.. Abang
bla bla bla.. bla bla bla..
Ok dah, sekarang abang pulak!

SUAMI : (Die mengeluarkan
3,4 helai kertas yang
kosong) Abang mintak
maaf...Takde ape yang abang
dapat senaraikan tentang
keburukan ayang.. sebab abang
terima ayang seadanya.. dan
segala keburukan ayang abang
sentiasa maafkan.. dan abang
mintak maaf kalau abang
tak sempurna di mata
ayang...

> > Si isteri tergamam
dan air mata jatuh
berlinangan.. Terus die
peluk dan memohon
ampun pada suaminya.. Die
menyesal, kerana telah
melukakan hati suaminya..
Die juga sedar dan
bersyukur.. bahawa suaminya adalah insan yang
terbaik yang telah dianugerahkan untuknya..

♥Terima Apa Adanya♥
‎"Seuntai Bicara, Menggubah Rasa" .:Semusim Perjalanan:

see.tak semua orang pandai menghargai ape yang dorang miliki.ucapkan lah RASA.Lahirkan lah kejujuran.seterusnya wujudkan lah kepercayaan dan memahami.jangan nak cari time b0san je.yup,lagi satu.jika ada kesalahan jujurkan saja.memaafi itu dapat menenagkan fikiran.buad ape nak dendam,simpan lama-lama.heyyy,dye bukan owg lain.orang yang pernah kau ucap sayang dan cinta dlu kan.maafkan kesalahnya waktu itu jugak.

hehe,dah,cukup dah merepek muzamil oit.okeyh-okeyh.sekurangnya ade jugak yang dapat pengajarankan dari cerita kat atas.tak rugi korang singgah blog aku (masuk bakul angkat sendiri) Haha.okey lah.da cukup lewat.dah cukup banyak setan atas kelopak mata aku tarik-tarik suroh tidor.okey,nanti aku update lg eyh.adios amigos.asalamuaikum. (>,<) thanks a lot kat sape yang sudi singgah blog aku.sayang korang.

Sunday, January 1, 2012

selamat tahun baru !

Salam..



Sedar tak sedar dah sebulan aku cuti.hehe.es0k da nak berangkat pulang.aduhhh.tape lah,6 bulan je lg.ha,dah TAHUN BARU 2012 kan..sekejap je 2011.macam-macam kenangan.harap tahun baru nie akan ada perubahan dalam diri nie.terima kasih kepada yang sudi d0akan aku.alhamdulillah tak kena repeat.heheee...k lah,sje je nak update sikit.rindu korang.(^_^)

k.selamat tahun baru kawan..