Pages

Tuesday, December 25, 2012

CERITERA SI YATIM !

Salam..

 Rasanya terlalu lama aku tak update bl0g ni.Entahlah,rasanya mngkin dalam 3 ke 4 bulan sudah.sebelum ni aku agak sibuk menjaga arwah emak yang sakit dibantu adik beradik yang lain.serba sedikit cerita sedih yang ingin ak sampaikan.Sesudah tamat menjalani Latihan industri(Practical) hanya sebulan lebih dapat bersama arwah emak,ketika itu dia masih mampu berjalan,bergurau,memberi pesanan dan mendidik kami adik beradik dan paling tak lupa dia membeli durian kesukaan kami adik beradik.Sunguh gembira dia dapat melihat anak-anaknya memakan durian.

 Malam itu jugak 10.7.2012,dia mengajak aku menangkap ayam yang tidur di bawah rumah untuk disembelih dan dijadikan lauk,aku lah yang menemani dan menolong dia mencabut bulu dan memotong bahagian isi ayam.alangkah indahnya ketika masih mampu bersembang dan bergurau dengan dia.11.7.2012,6.30am ayah mengejut aku kerna dia melihat emak terduduk didapur dan sudah tidak bermayak.Aku menitiskan air mata kerana meliaht emak yang sudah tidak boleh bercakap,tidak kenal orang sekeliling dan angota sebelah kanannya lemah.Dalam hujan rahmat pada pagi itu emak diusung ke dalam ambulan dan dihantar ke wad kecemasan.aku juga la yg menemaninya ke hospital dengan berpakaian t-shirt tido dan berseluar pendek.demi emak aku melangkah jugak!

 Sesampai di hospital emak dikerumuni d0kter dan kaki tangan h0spital,aku dipangil untuk membenarkan emak dirujuk ke h0spital ipoh.kami adik beradik berbincang dan memutuskan aku yang aku menaiki ambulan bersama emak ke hospital dan mereka akan menyusul kemudian.begitu lama emak berada di wad kecemasan dan kepalanya telah di x-ray.dokter mengesahkan ada pendarahan di kepala emak.bagai gugur jantung dan aku berharap agar emak tidak dibedah.Alhamdulillah emak tidak dibedah dan telah dimasukan seminggu di hospital ipoh dan yang sedih bila melihat ketika dia diberi makan.susu yg diberi melalui tiub yg disalurkan melalui hidung dan terus ke usus.alhamdulillah awal ramadhan emak dibenarkan pulang.aku dan kakak lah yang menjalankan tugas menguruskan emak sambil dibantu adik-adik yang lain.setiap hari aku berdoa agar emak dapat nikmat yang Allah bagi sebelum ini.

Dua hari sebelum raya emak dimasukkan ke hospital semula kerana kandungan gula dalam darah rendah.kakak aku la yang menjaga dia dihospital.bagi kami raya sudah tiada erti ! hanya berberapa jenis kuih dan beberapa batang lemang.aku juga tiada mo0d untuk pergi berjalan seperti sebelumnya.Aku redha,selesai  melawat emak saudara aku,aku bergegas ke hospital untuk melihat emak.kami beraya bersama emak agar hatinya gembira bila anak-anak disampingnya.emak masih tidak mahu bercakap,bila bercakap suaranya pula tidak jelas.seringkali dia geram kerana apa yang hendak disampaikan tidak dapat ditafsirkan kepada kami dengan jelas.

 Setelah hampir tiga bulan emak menjalani derita hari ini 16.10.2012..3.15 a.m emak menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital taiping.dokter mengesyaki emak terkena jangkitan kuman yang telah merebak ke seluruh bahagian organ dalaman nya.sebak,sedih..tidak henti-henti ak membacakan surat Yassin kepadanya.sesampainya di felda ini orang kampung membuat persiapaan untuk pengkebumian.emak.Jenazah emak selamat dikebumikan pukul 11.00 am..

 Bermulalah cerita sedih dalam hidup ini,terlalu sekejap merasa kasih sayang seorang ibu,terlalu sekejap Allah pinjamkan emak tempat kami berteduh.tidak ada orang yang mampu mengantikan tempat mak sampi bila-bila.Rasa kerinduan itu tetap menyelubungi kami.Mak,mak tetap hidup bg mil,darah yang mengalir dalam tubuh mil adalah darah dari emak.selalu,setiap masa mil doakan kebahagian emak.emak lah teman mil paling setian.kerap kali diri ini melakukan kesalahan yang mengecewakan mak.tapi mak tak pernah buang mil.AL-FATIHAH buad Allahyarhamah NURAINI BT HASSAN....

2013 hampir membuka tirainya,semoga ada hikmah disebalik cerita duka ini.Allah maha adil.dan sekarang aku hanya ada Allah tempat untuk mengadu.Ya Allah,kau bukakanlah pintu agar kami boleh keluar dari kepayahan ini,kesedihan ini.limpahkan lah rezeki mu kepada kami.dan tempatkanlah ibi kami Nuraini bt hassan di syurga jannah,bersama-sama orang yang beriman dan Kau ampukanlah segala d0sa-dosanya.Amin Ya Rabbal......


1 comment: